Friday, February 13, 2009

Perancangan Hari Keluarga.....

Tempat Tinggal










Ha..... Nilah tempat tinggal yang dirancangkan. Sebuah bungalow yang mempunyai 4 bilik. Kalau tak silap along dalam bilik 2 ada 2 katil double. Nanti along akan confirm kan dengan pihak management. Tapi tempat nih sangat selesa. Setiap rumah dilengkapi dengan swimming pool nye sendiri. Along budget-budget setiap rumah ada 4 family jek yang tinggal. Ye lah since ada 4 bilik jek. Tapi sewa bungalow nih satu hari RM 880.00. Kalau kita stay untuk 2 hari kira RM 1760.00 lah kan? Tapi sangat berpatutan along rasa. Dengan rumah besar, tempat best.... Along akan cuba lah untuk dapat diskaun lagi. Maybe bleh dapat dalam 30%.

Aktiviti kita??

Yang pastinya ada karaoke. Tentulah ada majlis pembukaan. Atuk n opah kena bagi ucapan skit. Sesi suai kenal, mana yang tak kenal (ada ke?). Pastu makan ikan bakar. Pastu esoknya pepagi kita buat exercise poco-poco. Baru best pe?

Apa lagi? Praktis lah dari sekarang....

Pastu ada sukeneka..... hari keluarga yang SIHAT! sebab aktiviti pun sihat....

Oklah... nantilah saya update lagik.

Nota Lantai : Poco-poco.....

Thursday, February 12, 2009

Selamat Datang.....

Assalammualaikum...

Kepada semua yang membaca...

Ini adalah pertama kalinya keluarga kita akan mengadakan acara tahunan iaitu Family Day. Kalau nak diikutkan, ramai yang dah buat macam ini.

Kenapa ye perlu semua ini?

Acara ini diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama kita. Takdelah ada yang tak ingat anak menakan nama apa? darjah berapa? sekolah kat mana?

Takpun... ehh! tup tup nak hantar kad kahwin jek? haaa.... kan buat suspend jek tuh...

Apa yang telah dirancang?

Untuk hari keluarga yang pertama ni, kami rancang nak buat dekat A Famosa Melaka. Tempat nya elok, damai and banyak taman tema dalam tu kalau ada sesapa yang berminat. Tapi takderlah acara hari keluarga tu nak pi taman tema tu aje. Adalah acara2 yang lainnya.

Harapan...

Semoga semua orang dapat join. Baru ENJOY! So, marilah kita bersama menjayakannya.

Nota Lantai : Yang Jauh kita dekatkan, Yang dekat kita eratkan... Barulah HARMONI!